![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Buku Pelawat Kami |
Sunday, February 15, 2009SEJARAH RINGKAS GEREJA SANTO PAULUS, ULU DUSUN, SANDAKAN![]() Pada awal tahun 70an umat-umat katolik yang terdapat dikawasan Ulu Dusun ini, ![]() Pada akhir tahun 1973, seorang paderi dengan seorang katekis, iaitu Mendiang Fr. J.V.D Salm bersama Mendiang Katekis Linus Lumat dari St. Martin Telupid, telah datang melawat kawasan ini, sejak dari itu maka bermulalah umat-umat katolik dikawasan ini bersembahyang dari rumah ke rumah setiap hari minggu yang berjalan lebih kurang setengah tahun dan dipimpin oleh En. David Gakin dan dibantu oleh En. Marcus Kuropong, yang pada masa itu rumah yang dilawati secara bergilir-gilir setiap minggu sebanyak 8 buah rumah sahaja. Pada bulan Februari 1974, tertubuhlah satu badan Parish Council (PC) yang dipengerusikan oleh En. David Gakin ![]() ![]() ![]() ![]() Pada tahun 80an, pelbagai badan gereja seperti Kaum Ibu Katolik (KIK), Catholic Youth Association (CYA) kemudian dikenali sebagai Muda-Mudi Katolik (MUDIKA) dan kini bertukar kepada Komiti Belia Pelaksana (KBP), telah ditubuhkan bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan gereja dan pelayanan dalam gereja seterusnya dapat membuka ruang kepada semua umat untuk melibatkan diri dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja. Selain daripada itu, gereja St.Paul juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti yang dijalankan pada masa itu antaranya, Seminar Hidup Baru Dalam Roh, Pertandingan koir Lagu-lagu Rohani antara gereja-gereja dan banyak lagi. Pada penghujung tahun 1994, gereja baru St.Paul telah siap sepenuhnya dan umat juga telah mula menggunakan gereja ini. Semenjak itu, semua aktiviti gereja dijalankan di gereja baru ini. Pelbagai aktiviti, telah dijalankan digereja baru ini dan sambutan serta kerjasama daripada semua umat di kawasan ini mahu pun dari luar kawasan Ulu Dusun begitu menggalakkan. Pada 27hb Mei 2004 buat pertama kalinya, gereja ini telah mengadakan sambutan Kaamatan peringkat gereja dan misa kudus perayaan itu telah dipimpin oleh Rev. Fr.Saimon William. ![]() Susunan semula oleh N.Nora Marcus 2007 Fotografi oleh Nenet 2007
posted by Youth Of Generation at 9:44 PM
![]() |
Sejarah St Paul Ulu Dusun: SEJARAH RINGKAS GEREJA SANTO PAULUS, ULU DUSUN, SANDAKAN Copyright © 2008 | Webpage Designed by Schoffal @ Charles Moiji | Supported by Google Blogger | Guestbook |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home