|
Buku Pelawat Kami |
Sunday, February 15, 2009SEJARAH RINGKAS GEREJA SANTO PAULUS, ULU DUSUN, SANDAKANGereja Santo Paulus : Gereja ini terletak kira-kira 50 km ke Utara Jalan Sandakan - Kota Kinabalu. Bangunan gereja ini mula dibina pada tahun 1991 setelah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri, tetapi disebabkan beberapa masalah yang dihadapi dan tidak dapat dielakkan maka bangunan gereja ini hanya siap pada penghujung tahun 1994 dengan kos lebih kurang RM400 ribu. Keluasan gereja ini adalah 85’ x 50’ dan boleh memuatkan lebih daripada 300 orang. Dan telah dirasmikan oleh Bapa Uskup Datuk John Lee pada 29 Oktober 1995. Pada awal tahun 70an umat-umat katolik yang terdapat dikawasan Ulu Dusun ini,yang datangnya dari berbagai daerah dan pelbagai bangsa merupakan kaki tangan kerajaan dari pelbagai Jabatan, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain lagi. Pada masa itu tidak ada bangunan yang boleh disebut gereja untuk umat-umat berkumpul pada setiap hari minggu. Namun begitu kawasan ini tetap dilawati oleh paderi setahun sekali dan umat dikawasan ini akan berkumpul di sebuah balairaya milik Jabatan Pertanian pada masa itu. Pada akhir tahun 1973, seorang paderi dengan seorang katekis, iaitu Mendiang Fr. J.V.D Salm bersama Mendiang Katekis Linus Lumat dari St. Martin Telupid, telah datang melawat kawasan ini, sejak dari itu maka bermulalah umat-umat katolik dikawasan ini bersembahyang dari rumah ke rumah setiap hari minggu yang berjalan lebih kurang setengah tahun dan dipimpin oleh En. David Gakin dan dibantu oleh En. Marcus Kuropong, yang pada masa itu rumah yang dilawati secara bergilir-gilir setiap minggu sebanyak 8 buah rumah sahaja. Pada bulan Februari 1974, tertubuhlah satu badan Parish Council (PC) yang dipengerusikan oleh En. David Gakin dan En. Marcus Kuropong bakal menjadi katekis. Memandangkan sambutan umat katolik dikawasan ini begitu memberangsangkan pada masa itu, maka pengerusi Parish Council (PC) pada ketika itu telah memohon untuk menggunakan sebuah bangunan pertanian sebagai tempat beribadat. Syukur dan Puji Tuhan kerana permohonan ini telah diluluskan oleh Pengawai Penguasa Pertanian pada ketika itu. Umat katolik bersembahyang dibangunan ini selama lebih kurang 2 tahun. Encik Marcus Kuropong juga telah menghadiri Kursus Katekis selama 3 bulan di Pusat Latihan Katekis di Keningau dan merupakan Katekis pertama di Ulu Dusun dan masih melayani umat di kawasan ini sehingga kini. Dalam pada itu usaha untuk mendapatkan tapak, untuk mendirikan sebuah gereja khas untuk umat-umat katolik juga dijalankan memandangkan umat kian bertambah pada masa itu. Parish Council (PC) dan sumbangan umat katolik pada waktu itu dapat membeli se-ekar tanah dengan harga yang sederhana daripada Mendiang KK Benjamin Molinjang. Syukur kepada Tuhan atas kebaikan hati beliau. Pada tahun 80an, pelbagai badan gereja seperti Kaum Ibu Katolik (KIK), Catholic Youth Association (CYA) kemudian dikenali sebagai Muda-Mudi Katolik (MUDIKA) dan kini bertukar kepada Komiti Belia Pelaksana (KBP), telah ditubuhkan bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan gereja dan pelayanan dalam gereja seterusnya dapat membuka ruang kepada semua umat untuk melibatkan diri dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja. Selain daripada itu, gereja St.Paul juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai aktiviti yang dijalankan pada masa itu antaranya, Seminar Hidup Baru Dalam Roh, Pertandingan koir Lagu-lagu Rohani antara gereja-gereja dan banyak lagi. Pada penghujung tahun 1994, gereja baru St.Paul telah siap sepenuhnya dan umat juga telah mula menggunakan gereja ini. Semenjak itu, semua aktiviti gereja dijalankan di gereja baru ini. Pelbagai aktiviti, telah dijalankan digereja baru ini dan sambutan serta kerjasama daripada semua umat di kawasan ini mahu pun dari luar kawasan Ulu Dusun begitu menggalakkan. Pada 27hb Mei 2004 buat pertama kalinya, gereja ini telah mengadakan sambutan Kaamatan peringkat gereja dan misa kudus perayaan itu telah dipimpin oleh Rev. Fr.Saimon William. Susunan semula oleh N.Nora Marcus 2007 Fotografi oleh Nenet 2007
posted by Youth Of Generation at 9:44 PM
|
Sejarah St Paul Ulu Dusun Copyright © 2008 | Webpage Designed by Schoffal @ Charles Moiji | Supported by Google Blogger | Guestbook |